Mummy Gee's Choc. Powered by Blogger.
RSS

MAHAL NYE!!!




Ada orang yang tanya kat Mummy kenapa lolichoc yang bersaiz besar dan berwarna-warni cam kat atas ni Mummy jual sampai RM6 sebatang? 


Kenalah Mummy explain kat dia, memang bahan asas choc block tu tak mahal sangat tapi time yang Mummy gunakan untuk membuat lolichoc tersebut juga kena diambil kira itu yang menyebabkan harga lolichoc sebegitu. Berdasarkan pengalaman Mummy sendiri, untuk menyiapkan lolichoc di atas kena sabar dan memang mengambil masa, kena tunggu satu warna kering baru nak letak warna yang lain ... so sekurang-kurangnya 20-30 minit baru siap satu. So Mummy rasa untuk harga RM6 sebatang atau RM50 untuk 9 batang lolichoc yang besar ini memang berpatutan. Mummy bagi gak suggestion kat orang ni kalau nak yang plain lolichoc memang Mummy boleh bagi murah... dia kata tak nak lah pulak sebab tak cantik... wahai cik kak, kalau nak cantik kenalah bayar lebih sikit yer....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELAS CHOC : 30 OKTOBER 2010

30/10/2010 (Sabtu) - Selepas lama kelas dihentikan kerana bulan puasa dan hari raya, kelas choc di Mummy Gee's Choc disambung semula. Kelas hari ni dihadiri oleh Wana & Shanaz kedua2nya dari Semenyih. Wana belajar buat choc sebab bercita2 nak buat homebiz dan Syanaz pulak belajar sebab tahun depan akan naik pelamin so nak buat doorgift dan hantaran sendiri berasaskan coklat. Semoga berjaya pada kedua2nya.

Wana & Shanaz ... tengah gigih potong choc utk buat ganache

 
Tengah buah choc shell


Mari2 melukis

 
Masa untuk demould choc.... abaikan gambar Dania 'student tetap' Mummy tu ye.. heheh


Oreo choc flower theme hasil Syanaz...


Teliti dan kemas betul si Syanaz buat lolichoc ni...


Lebihan white choc ni dijadikan crispy choc bar - orange flavour


Choc bar ala2 choc crispy...


Lolichoc ni Wana nak distribute kat anak2 buah dia...


Oreo choc flower theme hasil Wana ... Wana kata takut nak makan warna terang menyala2... heheh

 
Love choc box...

Shanaz dan choc yang dihasilkannya...

Sebahagian choc yang Shanaz hasilkan


Sebahagian choc yang Wana hasilkan


Wana dan choc yang dihasilkannye... masing dapat choc seberat 1 kg ++ (50-60 biji)

 
 
Menu untuk lunch udang goreng, kacang buncis goreng, lemak cili api labu dan ikan goreng

Untuk tea break pagi dan minum petang Mummy serve orange w poppyseed muffin dengan teh-o dan sirap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS