Mummy Gee's Choc. Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts

Salam Maal Hijrah 1432

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432


Semoga kita semua akan berhijrah
ke arah yang lebih baik
dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Untuk makluman kelas choc akan disambung semula bermula minggu ke dua Januari 2010. Walupun harga Ron 95, Ron 97, gula dan lain2 naik tapi harga kelas choc masih tetap RM220.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chocolate Fair


Beryls Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. will having a Free Chocolate Buffet at Bandar Baru Bangi. 

From 28 May 2010 until 30 May 2010 
Every day 9.00am ~ 6.00pm 

Location: 
No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 

Jom kita pegi beramai2 tengok apa yang ada....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SILIBUS KELAS ASAS MEMBUAT COKLAT

Peralatan yang digunakan semasa kelas




Apa yang akan dipelajari:
i. Memahami istilah dan jenis-jenis coklat
ii. Hands-on - Membuat 2 jenis inti atau filling ganache


iii. Coklat couverture
~ Teknik 'tempering'
~ Hands-on - Coklat Kekacang (Badam/Gajus)
~ Hands-on - Teknik 'enrobing'
~ Hands-on - Nutty Pralines
iv. Coklat compound
~ Teknik mencair coklat compound
~ Hands-on - Teknik 'Marbling'
~ Hands-on - Cokat berinti ganache
~ Hands-on - Coklar Bar
~ Hands-on - Lollichoc
~ Hands-on - Menghias Choc Box
v. Lain-lain
~ Teori - OreoChoc & MarshmallowChoc
~ Packaging dan Penjagaan Acuan
~ Alamat Pembekal dan Peralatan Coklat
~ FAQ


Apa yang di bawa pulang:
~ > 50 biji coklat
~ Note lengkap
~ Acuan coklat
Apa yang perlu di bawa:
~ Bekas untuk mengisi coklat
~ Apron


Lain-lain:
~ Minum pagi disediakan
~ Makan tengahari disediakan
~ Bilik solat disediakan
~ Untuk keselesaan bersama tidak dibenarkan membawa anak atau rakan lain semasa kelas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERALATAN UNTUK MEMBUAT COKLAT DI RUMAH

Peralatan untuk membuat coklat di rumah.

Bekas yang berbunga dan bertutup pink adalah food warmer (thermos) fungsinya hanyalah untuk mengisi air panas yang akan digunakan untuk mencairkan coklat. Jika anda tiada bekas ini tidak mengapa, gunakan sebarang bekas (mangkuk atau periuk) yang boleh tahan air panas.

Coklat akan diletak di dalam bekas yang boleh menyerap dan membebaskan haba dengan baik, sebaik-baiknya gunakan bekas stainless steel.


Acuan atau mold untuk membuat coklat, anda boleh gunakan apa-apa bekas yang diperbuat daripada polycarbonate, plastik atau silicone. Mold transparent berbentuk mahkota di atas adalah dari jenis polycarbonate. Harganya RM 30-300 bergantung pada qualiti. Saya beli RM30 sahaja (made in China). Acuan plastik berbentuk hati di atas cuma +- RM 3.

Scraper plastik dalam gambar tu yang biasa digunakan untuk membuat kek. Kalau tiada scrapper plastik boleh gunakan sebarang sudu atau senduk plastik. Tak payah berbelanja mahal-mahal beli peralatan, guna saja apa yang ada di rumah.
Penimbang perlulah terutama jika membuat coklat menggunakan real chocolate.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAKTA ATAU AUTA?

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.


Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.


Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan


Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."



Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat


Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.



Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi


Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.


Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung


Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.


Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?


Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAQ

NFSoalan : Apa perbezaan antara coklat couverture dan coklat compound?
Jawapan : Perbezaan antara coklat couverture dan compound adalah lemak yang digunakan untuk membuat coklat tersebut. Coklat couverture mengunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayuran e.g dari kelapa sawit (vegetable fat)


Soalan : Kenapa coklat couverture perlu ditemper?
Jawapan : Coklat couverture perlu ditemper kerana mentega koko boleh membentuk 6 jenis krystal bergantung bagaimana ia disejukkan setelah ia dicairkan. Untuk membentuk coklat yang berkilat dan stabil pada suhu bilik <34°c,>mentega koko perlu membentuk krystal nombor 5 sahaja.


Soalan : Kenapa coklat saya bila keluar dari peti sejuk berpeluh?
Jawapan : Coklat anda berpeluh kerana proses pemeluawapan (condensation) berlaku. Proses ini akan berlaku pada semua benda yang bertukar tempat dari yang sejuk (eg peti sejuk) ke tempat yang panas dan lembap (eg dapur ), wap di udara akan tersejat atas permukaan yang sejuk.


Soalan : Adakah coklat akan cair jika dibawa dalam kereta atau dipos?
Jawapan : Coklat couverture yang telah ditemper dengan betul tidak akan cair jika ia berada pada suhu <34°c. Jika anda bawa coklat dalam kereta yang berhawa dingin, coklat tidak akan cair, tetapi jika anda tinggalkan coklat dalam kereta ditengah panas, cairlah coklat jika suhu kereta itu >34°C


Soalan : Untuk membuat coklat marble, bolehkah mengunakan coklat dari jenis yang berbeza (compound dan couverture)?
Jawapan : Tidak boleh. Untuk membuat marble coklat perlu mengunakan coklat dari jenis yang sama - eg couverture putih dan couverture hitam


Soalan : Apakah faktor yang mempengaruhi tarikh luput (shelf-life) coklat?
Jawapan : Tarikh luput coklat bergantung pada jenis coklat (6 bulan hingga 1 tahun), dan keadaan penyimpanan. Untuk tahan lama perlu disimpan pada suhu ~20°C -26°C( utk couverture), tempat yang kering dan jauh dari barang yang berbau. Untuk coklat praline tarikh luput bergantung pada jenis inti yang digunakan, eg inti ganache (2 minggu hingga sebulan) dan keadaan penyimpanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS