Mummy Gee's Choc. Powered by Blogger.
RSS

KELAS MEMBUAT COKLAT : 12 JUNE 2010

Kelas Asas Coklat hari ni dihadiri oleh Norinawati dari Taman Desa Jalan Klang Lama (wah lamanye Mummy tak pegi Jln Klang Lama.. dulu Mummy pernah tinggal kat sana zaman single mingle dulu). Lagi seorang student last minute tak dapat datang. Walau pun cuma seorang yang datang Mummy on je kelas. Mummy harap kalau tak dapat datang pada tarikh yang dah dipilih please inform Mummy awal sikit ye. Dan sekiranya cancel untuk datang wang seposit tidak akan dikembalikan. Walau bagaimanapun Mummy tetap bagi peluang untuk anda memilih tarikh lain yang sesuai.

 
Kiri - Kelas hari ni Mummy ajar buat 2 jenis ganache. Strawberry dan chocolate ganache
Kanan - Senyum je sebab dapat main2 color lagi

 
Kiri - Proses buat chocolate shell. Comel la pulak acuan heart shape ni bila guna whote choc & milk choc separuh2
Kanan - Demoulding chocolate

Tersenyum bangga dengan coklat2 yang dihasilkan. Hampir 80 biji kesemuanya.

Close up sikit. Antara chocolate yang dihasilkan. Mummy lupa nak snap praline choc yang lain...sorry ya Wati
  
 
Mr & Mrs Bear dan choc with nut using real chocolate

 
Choc box 'M' size cenderahati untuk student hari ni. Cute kan.... hehehhe 

Dua bekas besar yang dibawa tak cukup nak mengisi semua coklat yang dihasilkan. Nasib baik Mummy ada lagi stock plastic container. Cam biasa si Dania mesti nak menyelit gak dalam gambar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment