Hari ni kelas choc dihadiri oleh Ati dari Kelang. Ati ni seorang guru dan mengajar kat Klang. Bersemangat sungguh Ati nak belajar buat choc ni, walaupun malam tadi cuma tidur sejam tapi larat lagi datang belajar walau sampai agak lewat sikit. Malam tadi Cikgu Ati kita terlibat dengan program kem motivasi dan qiamulail anjuran sekolah tempat dia mengajar.
Cikgu Ati ni belajar buat choc sebab nak buat hantaran dan doorgift untuk majlis perkahwinannya perkahwinan abangnya hujung tahun ni. Hai beruntung sungguh Abang si Ati ni dapat adik cam Ati.
Sebelum kelas start kena setup dulu 'cyber cafe' ni. Biar anak2 leka layan youtube ngan FB, so tak kacau Mummy nak mengajar...
Cikgu tengah buat ganache
Cepat Cikgu kacau choc tu...
Picit kuat sikit cikgu...tak keluar ganache tu...
Hari ni cikgu ajar lukisan yer....
Student tetap...Dania
Gigih 'demoulding' choc
Lolli choc...katak, tulips & ladybird
Enrobing technic & transfer sheet
Choc box hasil hiasan Ati...
Bukan kek jer kita boleh buat berlapis2, choc pun boleh gak..ikut je kreativiti masing2...
Oreochoc, lolichoc & nutty praline
Sebahagian hasil
Ati dengan hasil choc hari ni..banyak kan...lebih dari 60 biji semuanya!
Peace.... nak balik...
Terima kasih ye Cikgu Ati ... kalau ada problem calling2 or 'sms'ing la Mummy!
0 comments:
Post a Comment