Mummy Gee's Choc. Powered by Blogger.
RSS

OREO MOULD UNTUK DIJUAL


Assalammualaikum. High quality oreo mould untuk dijual. Siapa cepat dia dapat.

Harga : RM30/pcs (harga memang mahal kerana menggunakan plastik yang berkualiti dan kos penghantaran dari US juga tinggi)

Kos Penghantaran : 1-4 unit (RM 15 - delivery dan packaging bagi memastikan item diterima dalam keadaan baik oleh pembeli).

Self collect : FOC. My office (opposite Serdang Komuter Station) or Sek 7 BBBangi

Sesiapa yang berminat boleh sms ke 0193331327 or email ke gee700@gmail.com.


CK-227 Acanthus Rosette Cookie Mold (6 cavities) - 1 Unit
CK-21 Cherry Blossom Cookie Mold (6 cavities) - 2 unit
CK-217 Lots of Love Cookie Mold (6 cavities) - 2 Unit

CK-241 Candy Hearts Cookie Mold (4 cavities) - 2 Unit

CK-231 Party Cokie (6 cavities) - 2 Unit

CK-246 Basketball (6 cavities) - 2 Unit


CK-228 Lucky Shamrock Cookie Mold (6 cavities) - 2 Unit
CK-29 Big heart (6 cavities) - 1 Unit
CK-217 Lots of Love (4 cavities) - 2 Unit

CK-219 Party Stars (6 cavities) - 1 Unit

CK-239 Poinsettia Cookie Mold (6 cavities) - 1 Unit

CK-238 Snowman (6 cavities) - 2 Unit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOLLICHOC : FAIRY TALES & BIRTHDAY THEME

Minggu lepas jiran Mummy buat birthday untuk anak perempuannya yang ke-4. So Mummy hadiahkan lolichoc dengan theme fairy tales & birthday. Semoga Marissa Sofea gembira dengan lolichoc tu. Lepas makan jangan lupa gosok gigi tau!

 
 
Princess... RM 6/pc


 
Istana... RM 6/pc


 
Kereta pun ada... RM 6/pc


9pcs - Princess theme - Princess (3) + Castle (3) + Carriage (3) = RM 50 sahaja.


 
Birthday cake & cup cake ... RM 4.50/pc


 
Belon dan topi... RM 4.50/pc


12 pcs - Party theme - birthday cakes (3) + cup cake (3) + topi (3) + belon (3) = RM 50

Kalau berminat boleh email tempahan kepada gee7001@gmail.com atau sms 0193331327
Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ORDER : OREO CHOC 4 BIRTHDAY

Oreo choc ni ditempah oleh orang Ampang, Mama Ariesya untuk birthday anaknya. Untuk anak beliau Selamat Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang berguna dan sentiasa hormat kepada orang tua.

Oreo choc w edible image - princess untuk beri pada kawan2 perempuan

Oreo choc w edible image - spiderman & Ben-10 untuk beri pada kawan2 lelaki

Close-up princess

Close up spiderman...

Dah siap letak simple reben



Sedia untuk dihantar.....

Semoga Mama Ariesya puas hati dengan oreo choc ni. Sesiapa nak order ore choc cam kat atas tu calling2 Mummy la ye. Nak tepek gambar sendiri pun boleh gak...of course with additional charges.

- Mummy Gee's Choc -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ORDER : HANTARAN PERKAHWINAN

Salam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengikuti blog Mummy ni. Minggu lepas office mate Mummy (Suhaimi) order choc hantaran untuk adik hantaran perkahwinan adik beliau. Selamat Pengantin Baru kepada Afifah dan pasangan Fadhli dan semoga kekal ke akhir hayat.






Harga bagi set coklat hantaran di atas termasuk :
- 1 Love Choc Box (XL size)
- 15 pcs chocs praline
- soft box w window
- simple ribbon

* Warna mengikut pilihan anda.
* Perbagai pilihan kotak dan decoration (additional cost)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SNOW ALMOND

Snow almond...

Salam Ramadhan semua. Malam ni dah masuk 20 Ramadhan, uols dah start buat biskut raya ke? Mummy dah start buat sikit2 masa cuti Nuzul Quran. Walau pun sibuk dengan kerja dan anak2, tiap tahun mesti Mummy buat kuih raya gak dalam 3-4 jenis. Biskut raya ni pada Mummy nak start je rasa  malas tapi bila dah start buat tu rasa cam malas nak berhenti , itu yang selalunya dari nak buat 3-4 jenis jadi berjenis2... So antara biskut raya yang Mummy dah buat Almond London (biskut wajib tiap tahun), cornflakes cluster @ chocolate dan snow almond. Snow almond ni first time Mummy buat, Mummy memang suka kuih ni, kalau beraya rumah orang biskut ni yang Mummyc cari dulu... Kalau ada yang teringin nak buat biskut snow almond ni, bolehlah guna resepi kat bawah ni. Biskut ni senang je nak buat cuma renyah sikit masa nak salut cokelat dan tabur bread crumb/kelapa kering.

Bahan-bahan A

- 250 gm mentega
- 1 sdb shortening
- 100 gm gula kastor
- 1 sdk esen kopi/mocha
- 1 biji kuning telur

Bahan-bahan B
- 280 gm tepung gandum
- 50 gm nestum dikisar halus
- 2 sdb susu tepong
- 80 gm tepung ubi
- 50 gm serbuk badam

Bahan Hiasan
- serbuk roti putih atau kelapa kering secukupnya
- coklat secukupnye


Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati.



Masukkan esen kopi/mocha dan kuning telur. Gaul hingga sebati.

Satukan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.




Ulikan adunan sehingga menjadi doh

Canai dan terap menggunakan acuan. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.




Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat yang telah dicairkan secara double-boil. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti/kelapa kering. Bila cokelat dah keras masukkan ke dalam bekas kedap udara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS