Mummy Gee's Choc. Powered by Blogger.
RSS

SNOW ALMOND

Snow almond...

Salam Ramadhan semua. Malam ni dah masuk 20 Ramadhan, uols dah start buat biskut raya ke? Mummy dah start buat sikit2 masa cuti Nuzul Quran. Walau pun sibuk dengan kerja dan anak2, tiap tahun mesti Mummy buat kuih raya gak dalam 3-4 jenis. Biskut raya ni pada Mummy nak start je rasa  malas tapi bila dah start buat tu rasa cam malas nak berhenti , itu yang selalunya dari nak buat 3-4 jenis jadi berjenis2... So antara biskut raya yang Mummy dah buat Almond London (biskut wajib tiap tahun), cornflakes cluster @ chocolate dan snow almond. Snow almond ni first time Mummy buat, Mummy memang suka kuih ni, kalau beraya rumah orang biskut ni yang Mummyc cari dulu... Kalau ada yang teringin nak buat biskut snow almond ni, bolehlah guna resepi kat bawah ni. Biskut ni senang je nak buat cuma renyah sikit masa nak salut cokelat dan tabur bread crumb/kelapa kering.

Bahan-bahan A

- 250 gm mentega
- 1 sdb shortening
- 100 gm gula kastor
- 1 sdk esen kopi/mocha
- 1 biji kuning telur

Bahan-bahan B
- 280 gm tepung gandum
- 50 gm nestum dikisar halus
- 2 sdb susu tepong
- 80 gm tepung ubi
- 50 gm serbuk badam

Bahan Hiasan
- serbuk roti putih atau kelapa kering secukupnya
- coklat secukupnye


Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati.



Masukkan esen kopi/mocha dan kuning telur. Gaul hingga sebati.

Satukan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.




Ulikan adunan sehingga menjadi doh

Canai dan terap menggunakan acuan. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.




Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat yang telah dicairkan secara double-boil. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti/kelapa kering. Bila cokelat dah keras masukkan ke dalam bekas kedap udara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment