Mummy Gee's Choc. Powered by Blogger.
RSS

SNOW ALMOND

Snow almond...

Salam Ramadhan semua. Malam ni dah masuk 20 Ramadhan, uols dah start buat biskut raya ke? Mummy dah start buat sikit2 masa cuti Nuzul Quran. Walau pun sibuk dengan kerja dan anak2, tiap tahun mesti Mummy buat kuih raya gak dalam 3-4 jenis. Biskut raya ni pada Mummy nak start je rasa  malas tapi bila dah start buat tu rasa cam malas nak berhenti , itu yang selalunya dari nak buat 3-4 jenis jadi berjenis2... So antara biskut raya yang Mummy dah buat Almond London (biskut wajib tiap tahun), cornflakes cluster @ chocolate dan snow almond. Snow almond ni first time Mummy buat, Mummy memang suka kuih ni, kalau beraya rumah orang biskut ni yang Mummyc cari dulu... Kalau ada yang teringin nak buat biskut snow almond ni, bolehlah guna resepi kat bawah ni. Biskut ni senang je nak buat cuma renyah sikit masa nak salut cokelat dan tabur bread crumb/kelapa kering.

Bahan-bahan A

- 250 gm mentega
- 1 sdb shortening
- 100 gm gula kastor
- 1 sdk esen kopi/mocha
- 1 biji kuning telur

Bahan-bahan B
- 280 gm tepung gandum
- 50 gm nestum dikisar halus
- 2 sdb susu tepong
- 80 gm tepung ubi
- 50 gm serbuk badam

Bahan Hiasan
- serbuk roti putih atau kelapa kering secukupnya
- coklat secukupnye


Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati.



Masukkan esen kopi/mocha dan kuning telur. Gaul hingga sebati.

Satukan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.




Ulikan adunan sehingga menjadi doh

Canai dan terap menggunakan acuan. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.




Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat yang telah dicairkan secara double-boil. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti/kelapa kering. Bila cokelat dah keras masukkan ke dalam bekas kedap udara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CORNFLAKES CLUSTER @ CORNFLAKES CHOCOLATE


Salam Ramadhan untuk semua readers. Dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Dah buat biskut raya ke? Emm...tak buat, main tunjuk2 je. Kenapa tak buat sendiri? Oven tak ada camana nak buat biskut raya.... okey2 kalau itu masalah uols hari ni Mummy ajar cara paling mudah nak buat kuih raya, tak perlu oven tak perlu microwave dan yang sewaktu dengannya. Guna je peralatan yang ada kat rumah. Resepi yang tersangatlah sempoinye tapi memang sedap, bukan budak2 jer suka tapi emak bapak budak pun suka.

Bahan2 dia pun senang dan nak dapat dan tak perlu nak timbang2 berapa gram berapa ml dan sebagainya. Semua main anggaran je...bahan dia  cornflakes 1kotak, coklat semi-finished (klu guna cooking chocolate manis sangat tapi kalau tak ada semi-finished choc tibai je la labu....), apa2 kekacang yang uols suka dan dried fruit.

Masa nak buat pun sekejap je. Semalam Mummy buat lepas sahur, alah tak sampai sejam dah siap pun. Bukan buat untuk raya pun, saja buat untuk makan2. Untuk raya punya seminggu dua nanti baru Mummy buat.


Choc block dipotong2 kecil

Cornflakes dan kekacang. Mummy cuma ada almond nib je dalam simpanan so guna apa yang ada je. Almond nib tu bakar sekejap biar rangup...ops lupa lak tak de oven camana nak bakar??? Jangan risau...ambik kuali dan goreng tanpa minyak dalam kuali dalam 5-10 minit (sampai rangup)

Cairkan coklat

Tuang dalam campuran cornflakes dan kekacang

Gaul2kan

Make sure semua cornfkales tercover

Masukkan dalam paper cup kecil2. Lagi comel kalau paper cup tu warna choc gak, so presentation lagi menarik. Mummy guna je apa yang ada kat rumah.

Hiaskan mengikut kreativiti anda, boleh tabur dengan choc rice warna warni, bread crumb, kelapa kering atau hias dengan white choc. Mummy hias ngn white choc jer.

Cairkan white choc dan masukkan dalam piping beg. Tak ada piping beg? Jangan risau, ambil apa2 plastik beg yang ada (plastik beh Tesco, K4 semua tu boleh guna. Masukkan coklat dalam beg dan ponjotkan dia. Potong halus kat hujung.

Buat zig-zag atas cornflakes tu

Dah siap... biarkan sejuk dan coklat membeku. Masukkan dalam bekas kedap udara.

Untuk sekotak cornflakes (Mummy guna jenama Nestle) boleh dapat dalam 180 biji. Beli cornflakes biasa je tak payah yang bermadu sebab bila dah salut choc cornflakes tu jadi lagi manis. Kalau sebiji dalam 40 sen (Mummy survey2 sikit tengok ada yang jual sampai 60 sen sebiji) so kalau 180  biji dah RM72. Congak2lah sendiri bertapa jimatnya kalau uols buat sendiri resepi yang sempoi ni. Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ORDER : STEAMED CHOCOLATE MOIST CAKE

Two chocolate moist cakes ordered by daddy's friend. TQ Azlin for your order. Lain kali order lagi ye. Kek ni Azlin kata untuk makan2 je sebab parents dan inlaws dia nak datang, so tak perlu nak deko2. Semoga Azlin dan keluarga suka dengan kek ini.

8" round

8" square

Duduk elok2 dalam kotak ni yer jangan gerak2...

Siap untuk dihantar...

Actually malam tadi Mummy buat kek 3 biji, 2 untuk Azlin dan yang sebiji tu Mummy bawak gi office untuk makan ngan kawan2...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peanut Butter Cookies

Peanut butter cookies

Salam semua. Tak lama lagi kita nak sambut puasa dan lepas tu mestilah raya. Dan yang sinoname dengan raya mestilah kuih raya selain dari baju raya dan langsir raya...heheh. Ni Mummy nak bagi cadangan resepi sempoin biskut raya untuk orang2 yang tak ada oven. Walau resepi sempoi tapi rasa memang mabeles....heheh...puci sendiri la nampaknye.... Minggu lepas Mummy buat cookies ni dua kali. 1st time tu Mummy guna biskut marie je sebab tu je stock biskut yang ada kat rumah, 2nd time baru Mummy guna digestive biscuit. Of coz yang 2nd time tu lagi sedap... so ni dia resepinye, resepi ni main anggaran2 je, kita adjust2 sendiri je ...

Bahan A
- 2 cawan biscuit crumb (hancurkan biskut dulu baru sukat)
- 1 1/2 cawan peanut butter (crunchy or halus ... sukatan asal 2 cawan tapi Mummy rasa terlalu lemak dan lembik sikit)
- 1/2 cawan unsalted butter

Bahan B
- 200 gm chocolate
- 1 tsb shortening (klu tak ada, gunakan butter pun boleh)

Bahan C
- choc rice or almond nib untuk hiasan

Biskut dihancurkan

Campurkan butter dan peanut butter dan panaskan secara double boil
Campurkan biskut ke dalam campuran butter dan peanut butter yang telah cair
 
Tuangkan ke dalam loyang (pastikan loyang dilapik dengan baking paper atau tuangkan ke dalam paper cup.
 
Campurkan bahan B dan panaskan secara double boil.
Tuangkan ke dalam loyang atau paper cup yang perisi campuran peanut butter tadi. Hiaskan.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 1 jam. 
Keluarkan dan potong empat persegi (kalau gunakan loyang la).



Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.


 
Close-up sikit....

Senang je kan biskut ni...selamat mencuba. Bolehlah kurangkan budget untuk beli biskut raya. Anak2 mesti suka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS